Kaki Izzanna
menguis-nguis pasir pantai. Terasa berat kaki untuk melangkah. Kemudian
selangkah demi selangkah kaki diangkat, tak tahu mana arah tuju. Matanya redup
memandang segala sudut keindahan Pantai Miami, Pulau Pinang ini. Angin
sepoi-sepoi bahasa menyapu wajah mulus milik Izzanna membuatkan rambut ikal
mayangnya berterbangan menutup muka. Kemudian dia menyisir rambut kembali ke
belakang telinga.
Hatinya masih dalam keadaan remuk redam. Belum sembuh
sepenuhnya akibat bahana putus cinta. Kekasih yang dia amat cintai mendustai
dirinya dalam diam. Tak usah lagi dikenang perkara dahulu, kini masa untuk
meneruskan hidup dan melupakan segalanya. Kedatangan Izzanna ke pulau ini
sedikit sebanyak dapat menenangkan mindanya sebelum dia berangkat kembali ke Kuala
Lumpur untuk meneruskan rutin harian bekerja menguruskan syarikat ibu bapanya.
Awan hitam mula berarak lambat-lambat memberi tanda hujan
mahu turun selebat-lebatnya. Izzanna seakan-akan tidak mahu berganjak dari
pantai tersebut. Mahu menikmati hujan yang bakal turun selebat-lebatnya. Dia
mengumpamakan hujan yang lebat itu interpretasi hatinya yang sedang juga lebat
dengan air mata.
Hujan mulai turun, perlahan dan kemudian lebat. Orang
ramai yang bersantai di pantai tersebut naik ke darat. Ada yang berlari-lari
anak dek tak mahu terkena hujan. Namun Izzanna sahaja yang masih disitu. Tak
berganjak. Air matanya berhamburan. Izzanna tak mampu menahan lagi. Segala
duka, amarah dan rindu dendam dilampiaskan. Hampir sepuluh minit Izzanna di
situ. Hujan makin lebat dan ada sedikit guruh berdentum dentam.
Tanpa Izzanna sedari seorang lelaki berbadan agak tegap
dalam lingkungan awal 30an menarik batang tubuhnya. Lelaki berkemeja lengan
pendek putih dan berseluar pendek paras betis itu mendukung Izzanna dan membawanya
ke sebuah pondok beratap rumbia tidak jauh dari kawasan pantai. Izzanna yang
dalam keadaan terkejut meronta-ronta ingin dilepaskan dan menumbuk tubuh sasa
lelaki yang dianggap gila itu.
“Eh ! Lepaskan aku orang gila! Apa kau tengah buat ni??”
Jerit Izzanna sambil meronta-ronta mahu diturunkan,
“Eh? Siapa yang gila sebenarnya ni? Kau ingat aku suka
dukung-dukung orang ni. Berat tau !” Balas lelaki bertubuh tegap itu. Kemudian
dia terus melepaskan dukungannya ke bawah membuatkan Izzanna terjelepok ke atas
tanah.
“Gila ! Gila! Kau memang lelaki sewel! Dahlah kau cempung
aku macam tu je lepas tu bawak ke pondok ape tah ni. Kemudian kau lepaskan aku
jatuh macam ni.” Ngomel Izzanna sambil mengurut-ngurut pinggulnya yang sakit
akibat terhepap di tanah.
“Amboi
sedap-sedap mulut awak cakap saya gila. Awak sedar tak sekarang ni hujan lebat?
Yang awak duduk kat tengah pantai sorang-sorang tu kenapa? Nak kena panah
petir?” Balas lelaki itu pula. Wajah lelaki tersebut makin memerah. Menahan
marah agaknya.
“Ikut suka hati saya lah!” Jawab Izzanna sambil memandang
kearah bertentangan. Air mata mengalir perlahan-lahan dari kelopak matanya.
Lelaki bertubuh tegap itu mendekati Izzanna dan kemudian
membuka pakaiannya untuk diberikan kepada Izzanna sebagai pelindung dari
kesejukan. Izzanna terdiam seketika dengan tindakan lelaki tersebut. Dia
kemudian beralih tubuh kearah lelaki itu. Mata mereka saling bertaut. Dek
kerana malu Izzanna menundukkan pandangannya. Sedar dengan tindakan itu, lelaki
itu cepat-cepat berdiri sedikit jauh dari Izzanna.
“Hmm, awak ada masalah ke? Anyway, nama saya Karlishah.
Awak boleh panggil saya Karl,” tegur Karl perlahan. Dia tidak mahu menaikkan
lagi api kemarahan gadis ini.
“Saya okey. Tak apa-apa. Nama saya Izzanna,”. Jawab
Izzanna ringkas sambil mengulas senyuman. Baju Karl ditarik-tarik menutupi
bahagian dadanya.
“Tapi tadi saya tengok awak menangis, macam orang ada
masalah. Kalau awak tak keberatan boleh ceritakan. Tapi kalau awak rasa saya
bukan orang yang terbaik untuk mendengar, then it’s okey,”. Karl tersenyum
memandang Izzanna. Dia cuma prihatin terhadap gadis dihadapannya ini. Izzanna
dilihat seperti ada perkara yang terbuku di hati.
“Tak apa, saya okey saja. Anyway thanks sebab bagi pinjam
baju ni dan thanks jugak sebab selamatkan saya tadi,”, kata Izzanna yang
termalu dengan tindakannya sebelum ini.
Izzanna dan Karl
berbual-bual kosong sambil ditemani hujan yang makin lama makin mengendur
lebatnya. Namun perbualan mereka tiba-tiba tergendala apabila sebilangan
penduduk kampung di kawasan sekitar pantai tersebut menyerbu mereka berdua.
Mereka dituduh melakukan maksiat !
“Tok Imam, percayalah cakap kami. Saya dan dia tak buat
apa-apa pun. Saya baru je kenal dia. Nama penuh pun tak tahu lagi !” Jelas Karl
beria-ia. Dia sedaya upaya meyakinkan Tok Imam supaya tidak mengahwinkan mereka
berdua.
Namun Tok Imam kelihatan seperti masih bertegas. Tambahan
pula Karl dilihat tidak berbaju dan hanya berdua-duaan sahaja dengan Izzanna di
pondok tersebut. Izzanna pula diam tak terkata apa-apa. Dia hanya mampu
menangis dan berharap semua dugaan yang menimpanya sekarang ini akan berakhir.
Sudahlah baru putus cinta, sekarang dipaksa kahwin pula!
“Tok tak boleh berlembut lagi dengan kamu berdua. Mahu
atau tidak, rela tak rela kamu berdua mesti dikahwinkan! Tok tak mahu maksiat
terus berleluasa!” Keputusan muktamad Tok Imam sudah dikeluarkan. Maknanya
tiada lagi kompromi.
Akhirnya, Karl menikahi Izzanna dalam keterpaksaan.
Izzanna menangis sepanjang sesi akad nikah dijalankan. Masakan tidak, dia
langsung tidak mencintai Karl mahupun mengenali siapa Karl sebenarnya. Lagi
pula, apa yang mahu dia beritahu kepada orang tuanya setelah sekembalinya dia
ke Kuala Lumpur. Semuanya sangat menghimpit jiwa Izzanna. Rasa seperti nak mati
saja!
“Izzanna, sampai hati
kamu menconteng arang di muka kami? Kami tak sangka kamu tergamak memalukan
mama dan papa!” Datuk Hisham naik angin. Kali ini Izzanna betul-betul menaikkan
api kemarahannya.
“Papa, Izzanna tak sangka semua ini boleh terjadi.
Percayalah pa, Izzanna….”
Izzanna mula menangis. Bapanya tak pernah sebegini
berang. Manakala Datin Zaiton, ibunya cuma mendiamkan diri dan langsung tidak
menyebelahi Izzanna. Mereka berdua seakan-akan tidak percaya akannya. Walaupun
Daniel, adik Izzanna cuba mententeramkan Datuk Hisham namun, mereka tetap
menyalahkan Izzanna. Kata mereka, Izzanna tak habis-habis membuat masalah.
Cukup-cukuplah dengan masalah kekasih Izzanna yang lepas. Ini ditambah pula
dengan perkahwinan mengejut Izzanna. Semua masalah ini hanya akan memburukkan
reputasi keluarganya sahaja.
“Datuk, saya minta maaf mencelah tapi saya rasa Datuk tak
boleh menyalahkan Izzanna tentang hal ini. Saya yang bersalah. Ya, kerana
sayalah Izzanna terpaksa berkahwin. Jadi Datuk hukum dan marahlah saya, bukan Izzanna,”.
Tiba-tiba Karl bersuara. Kata-katanya meluruhkan sedikit kesedihan di hati
Izzanna.
“Baiklah kalau kau dah berkata macam tu, aku nak kau buat
sesuatu untuk aku,” Datuk Hisham mula mengeluarkan syarat-syaratnya.
“Kenapa awak cakap
macam tu dengan papa saya? Awak tak kenal papa saya. Awak tak tahu apa yang dia
boleh buat,”. Izzanna ternyata menyesal kerana tidak menghalang Karl dari
menyetujui syarat bapanya tadi. Seburuk-buruk Karl pun, Izzanna tidak sekejam
itu untuk menetapkan syarat yang bukan-bukan kepada Karl.
“Saya menuruti syarat tersebut kerana saya tahu saya yang
bersalah. Lagipun, saya memang tak ada pekerjaan sekarang. Eloklah saya jadi
driver awak. Pasal soal kita kena merahsiakan perkahwinan ini, saya rasa inilah
cara yang terbaik untuk menutup malu keluarga awak. Saya pun tahu yang awak tak
suka akan perkahwinan ni. Jadi, janganlah paksa diri awak tu. Untuk 6 bulan ni
saya berjanji takkan sentuh awak dan akan turut semua arahan awak dan keluarga
awak,”.
Karl bagi Izzanna adalah lelaki paling bodoh kerana
menerima syarat-syarat bapanya. Karl seorang suami dan dia punya hak ke atas
Izzanna dan punya pilihan untuk tolak semua syarat Datuk Hisham. Tambahan pula,
Izzanna bukan gadis calang-calang. Dia jelita, berkerjaya dan ada segala-galanya
yang boleh membuatkan wanita lain cemburu. Sesiapa yang memiliki Izzanna bermakna
mereka memiliki semua kepunyaan wanita itu termasuk harta kekayaannya.
“Karl! Cepat! Awak tahu
tak saya dah lambat ni !” Izzanna menjerit dari bawah. Sikap dingin dan arah
mengarah Izzanna makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula
syarikatnya sekarang mengalami masalah. Fashionista Sdn. Bhd. tidak mampu
membayar pembekal tekstil untuk membuat pakaian rekaan mereka oleh kerana
masalah kewangan yang semakin merunsingkan. Kalau masalah ini tidak dapat
dikawal dengan baik, ada kemungkinan Fashionista bakal bankrup!
“Yes ! Kejap saya turun, saya dekat toilet ni !”
“Awak ingat saya main-main ke? Ni lagi satu, tolong
jangan panggil saya Izzanna. Panggil saya Cik Izzanna. Saya tak mahu pekerja
saya dengar awak panggil saya dengan nama je,” Izzanna sedaya upaya cuba
menutup soal perkahwinannya dari pengetahuan umum.
“Iya, awak tak
perlu risau. Dah hampir 2 bulan saya buat kerja ni. Saya tak pernah terlepas cakap,”
jawab Karl. Dia begitu sabar dengan sikap Izzanna yang tak menentu angin
amarahnya itu.
“Eh kacaklah kan
pemandu baru Miss Izzanna tu. I like..!” Pekerja syarikat Izzanna mula
bergosip. Sejak Karl mula bekerja dengan Izzanna, ramai pekerja Fashionista
mula mengorat Karl. Ada yang memberi nombor telefon. Ada pula yang mahu belanja
makan. Tapi Karl hanya menolak permintaan mereka secara lembut. Dia tak mahu
menimbulkan masalah dan perkara yang dia dan Izzanna sorokkan selama ini
terbongkar. Selain itu, hatinya juga sudah terpaut…
“Eh, apa yang awak semua pandang-pandang ni? Continue
your work! Kalau tak mahu kerja boleh berhenti. Kurang beban syarikat ni!”,
marah Izzanna.
Kata-kata
pekerjanya itu bagai menusuk-nusuk hatinya. Makin lama makin menjadi-jadi. Lain
kali Karl tak boleh masuk office lagi. Cukup setakat menghantarnya di luar
saja.
“Karl,
lepas ni awak tak payahlah lagi hantar saya sampai masuk dalam,”
“Kenapa?
Awak cemburu?”
“Tak
da masa saya nak cemburu,”
“Kalau
awak cemburu cakap sajalah,”
“Tak!”
“Ye
kan..”
“Tak!
Tak! Taakkkkkkk!”
PANG!
Izzanna menghempas fail di atas mejanya. Habis semua kertas-kertas lukisan
hasil rekaan fesyennya berterbangan dan bertaburan di atas lantai. Kemudian dia
terus keluar dari pejabat sambil menghempas pintu. Karl cuma menggelengkan
kepala dan mengutip semua kertas-kertas ynag bertaburan di atas lantai. Sikap
Izzanna yang panas baran itu tidak boleh dikawal lagi. Bila-bila dia rasa nak
meletup, dia akan meletup saja tanpa memikirkan orang kiri dan kanan.
“Awak pergi mana ni?
Dah dekat sejam saya tunggu tau!” Izzanna merungut. Sudah hampir sejam dia
menunggu di luar koridor syarikatnya. Karl selalu sahaja lambat bila mahu
menjemputnya pulang. Ada saja alasannya.
“Sorry sangat! Tadi saya ada hal sekejap. Jalan jammed
pulak,”
“Awak ni kerja dengan saya ke awak ada buat kerja lain?!”
“Ermm.. tak saya cuma lambat sikit je. Sudahlah, awak
masuk cepat.”
“Kalau saya dapat tahu..!”
“Awak nak saya bawak pegi makan?” Karl cepat-cepat
menukar topik. Dia tak mahu Izzanna terus bertanya.
“Awak cuba tukar topik ye? Awak dah kahwin? Awak pergi
jumpa anak bini awak kan??” Izzanna cuba menelah.
Banyak
rahsia yang tersimpan kemas mengenai Karl yang dia tidak tahu. Walaupun sudah
bergelar suami isteri selama dua bulan, Karl begitu perahsia dan tidak banyak
perkara yang dia tahu mengenai lelaki ini. Manakala Karl pula seperti sudah
tahu luar dalam masalah keluarga Izzanna dan begitu prihatin mengenainya. Cuma
satu perkara saja yang dirahsiakan Izzanna dari Karl, mengenai kekasih lamanya.
“Cepatlah,
awak nak makan tak? Saya belanja awak ye,” Karl cuba memujuk Izzanna.
“Are
you sure nak belanja I? Macamlah ada duit..”
“Hmm..
tak mahu sudah,”
“Okey..
okey.. Cepat, saya dah lapar ni!” Izzanna akhirnya termakan juga pujukkan Karl.
“Waiter, tolong kirakan
semua,” arah Izzanna.
“Puan, semua ni dah dibayar,” jawab waiter tersebut
sambil tersenyum.
“Dah dibayar? Siapa yang bayar?” Izzanna curiga. Siapa
pula yang bayar ni? Tak mungkin Karl. Tadi Izzanna mengarahkan dia mengambil
kereta.
“Encik Karl puan.”
Izzanna tersentak. Mana lelaki itu dapat duit sebanyak
ini untuk membayar bil makan malam hari ini. Lagi pula restoran ini berkelas
lima bintang. Namun, Izzanna mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan cuba
menyiasat sendiri siapakah Karl yang sebenarnya.
“Cik Izzanna, keadaan
syarikat kita semakin teruk. Cik harus buat sesuatu. Mereka dah tak mahu bekal
tekstil pada kita selagi hutang tak dilangsaikan. Lagi pun mereka dah kata yang
mereka mahu menamatkan kontrak dengan syarikat kita tak lama lagi,” Fakhrul menerangkan
permasalahan syarikat mereka kepada Izzanna.
“Mereka tak boleh buat macam tu! Kan kontrak kita dengan
syarikat mereka tamat lagi 2 tahun,” kata Izzanna. Keadaan semakin
merunsingkan. Kalau dibiarkan boleh lingkup syarikat ini.
Tiba-tiba pintu bilik Izzanna dikuak. Aleysha, pembantu
peribadi Izzanna masuk dengan wajah penuh senyuman.
“Cik Izzanna jangan risau. Nampaknya ada satu syarikat
tekstil ni yang ingin membantu kita. Mereka bersedia untuk melabur dengan Fashionista
dan membekalkan tekstil dengan harga yang berpatutan. Apa kata Cik?”
Izzanna tersenyum lebar sambil memandang pekerjanya
dengan pandangan penuh makna. It’s time to change!
Izzanna mulai keluar
dari pintu pejabatnya dan menuju ke tempat letak kereta bangunan. Hari ini Karl
seperti biasa tiba lambat dari waktu yang sepatutnya. Izzanna mengambil masa
menanti Karl dengan mengelamun sendirian sambil berdiri di tepi koridor.
‘Karl tu handsome juga kalau selalu dipandang. Tapi
sayang, dia tak cintakan aku. Kalaulah aku jumpa dia sebelum aku jumpa Hairul.
Mesti dah bahagia hidup aku sekarang ni. Tapi tak mahulah lelaki yang
mencurigakan macam dia tu. Entah-entah dah ada anak isteri berderet-deret.
Terpaksa je kahwin dengan aku sebab kena tangkap basah.’ Izzanna mula berbicara
sendirian dalam hati.
Tanpa dia sedari ada sesusuk tubuh sedang memerhatinya
dari jauh. Kemudian susuk tubuh milik seorang lelaki itu memeluk tubuh Izzanna
dari belakang dengan kuat. Ia membuatkan Izzanna sukar untuk bernafas dan
sekaligus dia menjerit.
“Arghhh!!! Apa kau cuba buat ni?!! DAH GILA KE KAU
HAIRUL?!”Izzanna menjerit dengan sepenuh hati tanpa menghirau kiri dan kanan.
Dia mengharap ada orang akan dengar dan
membantu dirinya yang dalam keadaan cemas kini.
“Izza, please! Jangan menjerit kuat, nanti orang dengar.”
“Eh! Biarlah orang dengar! Kau buat apa kat sini? Go
away! Jangan cari pasal dekat sini”
Izzanna sedaya upaya cuba melepaskan rangkulan Hairul ke
atas dirinya. Dia membenci lelaki itu. Jijik! Kemudian Hairul melepaskan
Izzanna kerana tidak mahu wanita itu menjerit lebih kuat.
“Izza, I miss you. You tahukan yang I sayangkan you. I
tahu you pun menderita tanpa I di sisi. Maafkan I please! Perkara dulu-dulu tu
tak payah lagi you kenang. I janji tak buat lagi!” Hairul mula bersumpah. Dia
sedaya upaya cuba meyakinkan Izzanna untuk terus kemabali kepadanya.
“Hey! You tak faham ke or buat-buat tak faham! I tak suka
you. I juga dah move on okey! And I tak boleh bersama dengan you lagi, faham
tak?? You wanna me to speak in what language? Tamil? Untuk you faham?”
“Benda ni benda kecik. You tak payah nak kecoh-kecoh and
jerit satu kampung. Please bukan I sorang je yang macam ni.”
“You ingat I bodoh? I tak mahu terlibat dengan apa yang
you buat. Enough! I tak mau memalukan family I. Kalau you rasa hidup you tu
hebat macam ni, then go on.”
“Sebab I gay ke you benci I? I don’t understand. You
berfikiran kolot,” Hairul mula menuding jari telujuknya kearah Izzanna.
“I tak nak you ganggu I lagi.” Izzanna terus berjalan pergi
dari tempat tersebut. Orang yang tak faham bahasa buat apa dilayan.
Hairul naik berang. Dia merentap tangan Izzanna dan mula
mencengkam keras tangan kiri wanita tersebut. Tiba-tiba satu tumbukan jurus
mengenai wajah macho Hairul. Bedebush! Hairul jatuh ke lantai. Darah merah
keluar dari sisi bibirnya.
“Jangan ganggu Izzanna lagi.” Karl dengan gagahnya
bersuara. Manakala Izzanna menyorok di belakang Karl sambil memegang tangan
suaminya itu.
“Kau siapa nak masuk campur?!” Hairul berang. Lelaki yang
mencampuri urusan dia dan Izzanna harus diberi pengajaran.
“Siapa
aku itu tak penting. Jom Izzanna.” Karl menarik tangan Izzanna dan memeluk
wanita yang dalam ketakutan itu.
“Hey! Kau senang-senang je eh nak bawak girlfriend aku
macam tu je. Kau siapa haa??”
“Sudahlah Hairul! Jangan ganggu I lagi. This is my
husband. Sekarang you puas?” Izzanna tiada pilihan lain selain menceritakan hal
yang sebenar. Dia tak mahu Hairul terus mengganggu hidupnya lagi.
Hairul tercengang dan tak mampu berkata apa-apa. Begitu
juga Karl. Namun pelukan Karl terhadap Izzanna semakin erat. Mereka berlalu
pergi meninggal tempat tersebut.
“Terima kasih sebab
tolong saya tadi,” kata Izzanna ringkas. Masih malu-malu.
“Its okey perkara kecil je tu. Lain kali you tunggu kat
dalam office je lah. Tak payah keluar,” Karl tersenyum sambil menfokuskan
matanya ke arah jalanraya yang sesak.
“Karl, I mintak maaf kalau..”
Karl memintas kata-kata Izzanna.
“Izzanna, sudah. I tak ambil peduli pun hal-hal ni.
Lagipun its my job to help and protect you.”
“Karl, there are some things that I tak mahu you terus
buat..”
“Izzanna, kita ada lagi 3 bulan untuk bersama. Cant we
just stick to the plan?” Karl sekali lagi memintas kata-kata Izzanna. Dia tak
mahu semua ini menjadi sia-sia. Perasaan dia dan Izzanna tak mungkin akan
bertaut jikalau hanya dia yang merasa tapi Izzanna.. Entahlah !
“Karl, for just at least once! Tolonglah bagi tahu I apa
yang you sedang rahsiakan dari I! I’m your wife and I need to know!” Izzanna
tidak suka dirinya didustai. Tambahan pula perasaannya mula bercambah terhadap
sang suami.
“Apa yang I dustakan? Izzanna, semua ini tak da gunanya
lagi,” Karl mengeluh.
“I need to know mana you pegi selama ni sampai you selalu
lambat ambik I dari kerja. I need to know mana you dapat duit banyak-banyak
sampai you boleh bayar bil restoran semalam!” Izzanna seperti separuh menjerit.
Perasaan dia meronta-ronta ingin tahu tentang Karl.
“Suatu masa nanti you akan tahu juga Izzanna,” Karl
menjawab ringkas.
Hari Izzanna hari ini
penuh dengan perjumpaan dengan klient. Tak dilupakan juga, Izzanna akan
berjumpa dengan proksi pembekal tekstil yang baru. Kali ini Izzanna boleh
menarik nafas lega setelah Fashionista terlepas dari beban hutang dan bankrupt.
Semua ini disebabkan pembekal tekstil mereka yang baru itu. Tekstil yang
ditawarkan mereka adalah dalam harga yang berpatutan disamping syarikat mereka
juga turut serta melabur di Fashionista. Tapi sayangnya, Izzanna hanya dapat
bertemu dengan proksi boss besar Syarikat KSHAH Holding sahaja. Pemiliknya
masih belum dapat bertemu lagi. Walaubagaimanapun, ini sudah cukup rahmat buat
Izzanna.
Masa juga berlalu dengan pantas. Lagi beberapa minggu,
genaplah 6 bulan Izzanna dan Karl melayari bahtera perkahwinan yang hambar.
Tiada cinta dan bahagia. Derita juga tidak timbul dalam soal ini. Mereka cuma
suami isteri atas nama. Dalam tempoh 6 bulan ini jugalah Izzanna merindu dendam
dengan Karl secara senyap-senyap. Takut-takut ahli keluarganya tahu. Takut juga
Karl tahu yang dia menyimpan perasaan kepada sang suami.
Seboleh-bolehnya Izzanna mahu tahu ke mana Karl pergi
setiap hari, apa yang dilakukan lelaki itu dan memeluk jejaka tersebut erat-erat
sambil memanggilnya ‘baby’. Tapi semuanya sudah terlambat. Bak kata Karl
sendiri ‘sudah tiada gunanya’. Hanya keajaiban yang mampu membawa Karl dan
Izzanna bersama.
Karl membelek-belek
rantai berloket hati yang diperbuat daripada emas putih itu. Di tengah-tengah hati
itu, ada berlian sebesar ibu jarinya berkilau-kilau indah. Loket itu
dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit. Kalau Izzanna tahu soal ini, pasti
terkejut besar dia. Entah-entah Karl dituduh pencuri kerana memiliki loket ini.
“Hanya dia yang layak memakainya.” Karl memasukkan loket
tersebut ke dalam kocek seluarnya. Kemudian dia memandu kereta Honda Accord
miliknya ke destinasi pertemuan dengan sang kekasih yang dia cintai.
“Awak yakin yang boss
awak tu akan datang?” Izzanna membelek jam Swatch miliknya. Sudah hampir pukul
9 malam.
“Sabar puan. Saya
yakin Encik Shah akan sampai tak lama lagi. Dia bukan jenis orang yang
memungkiri janji. Mungkin dia sibuk atau mungkin dia ada surprise untuk puan,”
kata Tajul merangkap proksi untuk pemilik KSHAH Holdings.
“Surprise? Tapi saya dah tunggu lama ni. Hampir sejam
tau,” Izzanna beria-ia mahu berjumpa dengan empunya syarikat tekstil yang
menjadi penyelamat kepada syarikatnya.
Tiba-tiba sepasang mata milik Izzanna ditutup erat oleh
tangan milik seorang yang tidak dikenali dari arah belakang. Izzanna cuba
meraba-raba dan hatinya mula berdetak kencang.
“Izzanna..”
“Awak siapa? Tolong alihkan tangan awak dari mata saya,”
“Awak mesti kenal siapa saya hanya dari suara ini,”
Izzanna meragut tangan lelaki tersebut dari matanya.
Kemudian cepat-cepat dia alihkan badan ke belakang untuk melihat siapakah gerangan
sang jejaka yang bersuara itu. Izzanna terpaku seketika. Wajah jejaka itu
adalah wajah yang tidak asing lagi dari pandangan matanya. Pandangan mereka
bertaut dan Izzanna serta merta mendakapi jejaka tersebut. Oh Karlishah! Kini
semua persoalan sudah terjawab. Karl bukan seperti yang dia sangkakan. Oh
Karl,you were made for me!
Karl tersenyum melihat Izzanna. Dia juga membalas dakapan
isterinya itu. ternyata perasaan mereka saling berbalas. Di kala ini, merekalah
pasangan yang paling bahagia di dunia. Jodoh telah mempertemukan mereka dalam
keadaan yang tidak sangka-sangka. Akhirnya cinta menguasai segalanya.
No comments:
Post a Comment