Rentak kaki mereka
seiring dengan paduan lagu salsa yang dipasang. Pasangan tersebut meliuk lentuk
badan dan berpusing ke kiri dan kanan. Mereka tenggelam dalam alunan muzik dan
rentak tari yang mengasyikkan. Bukan kerana mereka berdua penari yang hebat membuatkan
tarian tersebut nampak tersusun dan begitu bersemangat. Tetapi perasaan antara
satu sama lain juga telah membuatkan mereka begitu komited dengan apa yang
mereka sedang dansakan.
Mereka juga seperti pasangan bahagia yang lain. Baru
mendirikan rumah tangga dan ingin mengecapi kebahagiaan. Sama cantik sama
padan, Tiara Liana dan Harris Hakim memiliki segala-galanya. Mereka sering
dicemburui dan juga disegani. Tiara adalah ketua editor majalah fesyen
terkemuka iaitu Stars Fashion. Manakala Harris pula bekerja di stesen penyiaran
terkenal, TV11 sebagai seorang pegawai perhubungan awam. Masakan tidak mereka
saling dicemburui, Harris sentiasa mencintai Tiara dan ramai wanita yang mahu
mendambakan cinta seperti Harris.
Mereka berdua ligat menari tanpa mengira siapa dan apa
yang sedang berlaku disekeliling mereka. Yang ada cuma diri mereka dan cinta
mereka. Sepasang kaki indah Tiara masih ligat berpusing-pusing begitu juga
dengan Harris. Mereka menamatkan tarian salsa itu dengan penuh dramatik.
Tepukan hebat diberikan tetamu buat Tiara dan Harris.
Setelah tamat majlis Tiara dan Harris bersiap-siap untuk
pulang. Menyalami tetamu majlis korporat yang terdiri dari datuk-datuk dan
datin-datin, tak dilupakan juga rakan-rakan media seperjuangan. Sedang mereka beriringan
keluar menuju pintu keluar ballroom hotel, mereka berdua ditegur dari belakang.
“Tiara! Harris! Tunggu!”
Tiara menoleh kebelakang. Dia melihat sebatang tubuh
wanita yang amat dia kenali. Aida, rakan baiknya.
“Aida! Maaflah aku tak jumpa kau tadi. Aku ingat kau dah
balik,” Tiara tersenyum sambil merangkul tubuh rakannya itu.
“Itulah kau, mentang-mentanglah dah ada orang tersayang.
Aku pun kau dah tak nampak kan?” Mata Aida melirik ke Harris sambil membuat
senyuman sinis. Kemudian mengalihkan kembali fokusnya pada Tiara.
“Mana ade.. kau ni ada-ada je tau. Okey, aku dah nak
balik ni. Bila-bila free kita keluar ye?” Tiara menghulurkan salam dan kemudian
kedua-dua rakan baik itu memberi ciuman ke kedua-dua belah pipi masing-masing.
***
“Harris, boleh tak
kalau you bawak slow sikit? Hujan tau tak sekarang ni?” Tiara risau melihat
Harris memandu. Kalau tak disedarkan, makin ditekan pedal minyak itu.
“You jangan risau. I ni kan terror dalam bab-bab driving
ni. You can count on me dear,” Harris memberi senyuman manis kepada isterinya.
“I know, you ni teror. Tapi sekarang hujan. Lagi satu nak
laju ke mana?”
“Dear, I tak reti la bawak perlahan-perlahan ni. Macam
kura-kura,”.
“Ikut suka hati you lah,” Tiara merajuk. Harris selalu
ada saja alasan atas kritikannya. Tapi kerana itulah dia juga jatuh hati pada
Harris. Harris bijak berbicara dan alasan serta hujahnya boleh dijadikan
panduan. Cuma kali ini, hatinya rasa tak sedap. Seperti ada yang bakal berlaku.
Malang tidak berbau namun ia boleh dielak kalau kita sentiasa berwaspada.
Hujan semakin melebat seakan-akan tak mahu berhenti.
Perjalanan pulang ke penthouse Tiara dan Harris di Bukit Antarabangsa seperti
berjam-jam lamanya. Padahal jarak di antara hotel Vistana dan penthouse mereka
tidaklah begitu jauh. Mungkin kerana suasana diam di antara pasangan ini yang
menyebabkan perjalanan itu menjadi lesu. Tiara masih merajuk dan mendiamkan
diri. Begitu juga Harris yang tak mahu bercakap banyak takut Tiara bertambah
melenting.
Angin bertiup kencang di luar membuatkan Tiara sedikit
risau. Dia memandang Harris yang masih tidak kisah dengan kelajuan kereta yang
dipandunya. KRAKK! Pohon di hadapan jalan mereka tumbang. Kereta Harris yang
dipandu laju tidak mengawal kelajuannya lalu merempuh pohon yang tumbang itu.
“HARRISSSSS!”
***
Pandangan matanya masih
berpinar-pinar. Mungkin kerana masih tidak dapat menerima biasan cahaya terlalu
terang. Tiara cuba membuka matanya perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit
pandangan matanya semakin jelas. Kelihatan cahaya lampu hospital yang berwarna
putih. Terang, sehingga mencucuk matanya.
“Tiara..” Namanya disapa lembut.
“Harris! Harris! Nasib baik you tak apa-apa”
Tiara menangis teresak-esak. Dia terasa seperti mati
hidup semula. Kejadian malam tadi amat mengerikan membuatkan dia sedikit
trauma. Harris didakap erat-erat seperti tak mahu dilepaskan. Satu perkara yang
amat Tiara takut dari kehilangan adalah suaminya, Harris.
“Tiara.. Tiara.. You okey?” Harris menatap wajahnya
sambil tersenyum tawar. Seperti ada yang disembunyikannya.
“Ya, I okey je. Maafkan I pasal semalam ye. I tak
bermaksud nak merajuk and then berdiam dengan you. I sayangkan you and I tak
boleh kalau…”
Kata-kata Tiara dipintas Harris.
“Tiara, there is something that I need to tell you,”
Harris dilihat begitu serius sehingga memotong kata-kata
Tiara. Dia memegang bahu wanita itu untuk menahan dari Tiara terus
berkata-kata.
“What Harris? You jangan buat muka macam tu. I tak suka.
Tell me dear,”
“Its.. Its about..” Harris tak sampai hati nak
memberitahu hal yang sebenar. Tiara pasti akan terkilan jikalau mendengarnya.
“Harris! Apa?” Tiara memaksa.
“Its about your leg,”
“My leg? Kenapa dengan kaki I? Kenapa?”
“You, I harap you jangan buat benda-benda gila. I nak you
dengar betul-betul..”
“Harris, you jangan berdalih lagi! Tell me!”
“Tiara, you lumpuh separa badan. Kaki you dah tak boleh
bergerak. Doktor cakap you kena guna kerusi roda untuk berjalan. But..”
“NOOOO!”
Tiara bangun dari pembaringannya di atas katil. Dia cuba
untuk menggerakkan kakinya tetapi tiada respon. Tiara kemudiannya cuba bangun
dari katil namun dia dihalang Harris. Tiara menangis. Menangis kesal dan
tertekan. Dia menumbuk-numbuk kakinya. Namun tiada apa kesan yang dirasainya
cuma hatinya saja yang semakin membengkak.
***
Sudah sebulan masa
berlalu. Dalam tempoh yang kurang singkat itu, Tiara hanya mendiamkan diri. Tak
banyak berkata-kata. Dia juga sudah lama tidak ke pejabat. Segala urusan
pekerjaan diberikan kepada Aida. Manakala Harris juga boleh dikatakan hampir
berputus asa melihat tingkah laku Tiara. Tiara seperti bangkai hidup. Membisu
tanpa kata-kata, kadangkala pula angin tak tentu pasal. Ada saja yang tak kena.
Harris sangat berterima kasih kepada Aida kerana selalu
datang menjenguk Tiara dan menyuap isterinya itu makan. Harris tidak boleh
memperuntukkan sepenuh masanya kepada Tiara. Komitmen kerja membuatkan dia
harus bergantung kepada Aida untuk membantunya menjaga Tiara. Tambahan pula,
Harris dan Tiara anak yatim piatu. Kedua-duanya tiada saudara mara yang
terdekat dan Harris tidak mahu menerima bantuan orang luar seperti pembantu
rumah untuk menjaga Tiara.
Harris baru pulang dari pejabatnya. Sebaik sahaja dia
menjejakkan kaki di rumah dia mendengar bunyi pinggan kaca dicampak. Kemudian
tangisan kedengaran. Harris cepat memanjat tangga ke bahagian atas rumah untuk
melihat apa yang sedang terjadi. Sesampai dia di kamarnya, dia melihat Aida
yang sedang menangis teresak-esak. Tangan Aida mengusap pipi kirinya menandakan
dia baru sahaja di tampar. Kemudian kaca-kaca bertaburan di atas lantai.
“Aida! Apa yang terjadi ni?”
“Isteri you. Dia yang buat semua ni. Maafkan I Harris. I
just can’t take this anymore..”
Aida bangun dan mengelap pipi yang basah dengan airmata.
Manakala Tiara kelihatan merah padam. Dia terkejut kerana tidak menyangka
Harris sudah pulang dari pejabat.
“Tiara! Kenapa dengan you ni? You tau tak betapa susahnya
Aida datang sini nak jaga you? You tak tahu nak hargai dia ke? Kenapa dengan
you ni sebenarnya? I dah bosan you tau tak?!”
“You dah bosan? Bosan lah kan sebab I dah tak boleh
jalan! Bosanlah kan sebab I tak boleh bagi you apa yang you nak? You know what,
I lagi bosan duduk atas kerusi ni!”
Tiara menghempas kedua belah tangannya dan menumbuk-numbuk
kerusi roda tersebut.
“Bosan? Tiara, I lagi bosan dengan sikap you yang angin
tak tentu pasal tu!”
“Kalau you dah bosan dengan I, kahwin je dengan orang
lain. Senang kan!”
Tiara mengugut. Dia sendiri tak pasti kenapa dirinya
cepat saja naik angin dan marah. Kadang-kadang stress semacam. Mungkin kerana
keadaan fizikalnya kini yang tak mampu bergerak ke mana-mana dan membuat
perkara yang dia suka iaitu menari.
“Okey. Itu yang buat you bahagia kan? Itu yang you suka
kan? Then I kahwin dengan Aida. Puas hati you?”
Kenyataan Harris membuatkan jantung Tiara bagai disentap.
Tak mungkin Harris yang dia cintai mampu melakukan kepadanya begitu. Tidakkah
dia mengerti perasaan wanita sepertinya sekarang ini? Harris tak mungkin juga
bergurau. Wajahnya kelihatan serius. Tiara tahu bagaimana seriusnya Harris dan
bagaimana dia ingin bergurau. Tapi soal kahwin bukan mainan. Harris kemudiannya
meninggalkan Tiara keseorangan sambil menarik tangan Aida pergi.
***
Tiara merenung jendela
biliknya. Merenung sejauh mana pun ia tak dapat mengembalikan kenangan indah
dan perasaan gembira di hatinya. Sudah seminggu Harris mengahwini Aida. Bagi
Tiara, Aida tetap teman yang baik. Dia masih menjaga Tiara, memberinya ubat dan
makan serta minum. Namun bukan semudah itu Tiara mampu menerima apa yang
berlaku. Cuma apa yang berlegar di jiwanya sekarang, dia mahu bangun. Teruskan
kehidupan semula dan kembalikan Harris di hatinya.
Tiara Liana bersiap-siap pagi itu. Dia mengarahkan Pak
Mat, driver sambilannya membawa dia ke Restoran Full House. Tiara mahu
menikmati pagi itu dengan semangat baru. Sesampai di restoran itu, semua mata
yang ada di dalam restoran tertancap pada Tiara. Kerusi roda ditolak Pak Mat
hingga ke satu meja di sudut restoran. Kemudian Tiara mengarahkan orang tua itu
pergi.
Di antara semua yang teruja melihat keberadaan Tiara di
dalam restoran itu, ada seseorang yang memerhatinya dari jauh. Seakan-akan
tidak mahu lepas pandangannya dari Tiara. Kemudian dia mendekati Tiara. Jejaka
itu menghulurkan tangan tanda salam perkenalan.
“Saya Zikry. Dr. Zikry. You must be Tiara Liana, the..”
“Yes I am. The editor of Stars Fashion and of course..
the OKU,”
Tiara memberi senyuman hambar. Kemudian dia mempersilakan
Dr. Zikry duduk.
“Maaf kalau kedatangan saya ke meja Puan Tiara mengganggu,
tapi saya tertarik melihat kaki Puan yang masih belum sembuh-sembuh. And for
your information, saya doctor di Hospital Ampang Puteri yang merawat
pesakit-pesakit yang seperti puan,”
“Ohh.. jadi awak datang ke meja saya untuk menawarkan
bantuan atau ??”
“Oh don’t get me wrong. Saya sebenarnya tertarik melihat
keadaan puan, dan saya memang ada hajat ingin membantu. Anyway, this is my
card,”
Zikry menghulurkan kad kepada Tiara. Dia kemudiannya
meminta izin untuk pergi. Apakah petanda ini? Tiara kekeliruan.
***
Tiara masih
membelek-belek kad pemberian Dr. Zikry. Kemudian cuba mendail nombor tersebut
melalui Blackberry Boldnya. Namun percubaan itu terhenti apabila pintu biliknya
dikuak.
“Tiara..”
Tiara berpaling kepala dan melihat Harris tersenyum di
pintu bilik. Dia cepat-cepat memasukkan kad Dr.Zikry ke dalam kocek bajunya.
“Oh, Harris.. masuklah.”
“I heard dari Pak Mat tadi you keluar. Kenapa tak inform
Aida? Penat dia datang sini then bergegas ke office balik,”
Tiara mendengus tanda cemburu.
“I cuma tak nak susah kan dia.. susahkan you. Hmm.. you
balik awal hari ni?”
“You dah makan ubat? Kalau tak I ambilkan,”
Harris tiba-tiba menukar topik.
“Belum dan I rasa I nak stop makan ubat ni semua. I
sebenarnya tadi..”
“Wait? You belum makan ubat? Apakata kalau you makan ubat
dulu, then you cerita kat I apa yang you nak cerita,”
“But..
I..”
Harris
menutup bibir Tiara tanda menyuruh isterinya diam. Kemudiannya dia mengambil
beberapa biji ubat dari bekasnya dan menyuapkan ubat tersebut ke mulut Tiara.
Segelas air diambil dan dia memberikan ia kepada Tiara. Kemudian kepala Tiara
diusap tanda ‘good job’ atas kemahuan dia memakan ubat-ubat tersebut.
***
“Dia dah tidur?”
“Sudah.”
“Cepatnya..”
“Kesan
ubat tu. Nasib baik I tanya dia tadi. Kalau tak..”
“Sorry
tau sayang..”
“It’s
okey,”
Kemudian
dua lembaga tersebut masuk ke kamar dan menutup pintu bilik rapat-rapat.
***
Cahaya terang matahari
telah menerobos masuk ke jendela bilik Tiara. Dia cuba membuka mata
perlahan-lahan. Digosok-gosokkan kedua-dua belah mata sambil cuba menyandar di
kepala katil. Tiara cuba mengingat apa yang berlaku semalam. Tapi ingatan itu
tidak kembali. Perkara terakhir yang dia ingat, Harris memberi dia makan ubat
dan dia bercakap yang dia telah pergi ke restoran semalam. Namun tidak pula
diingat sama ada dia ada memberitahu mengenai Dr. Zikry atau tidak. Tiara
bangun dan cuba menyiapkan diri sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kini dia harus
berdiri diatas kakinya sendiri walaupun berkerusi roda. Tiara tidak suka
menjadi beban kepada Harris mahupun Aida. Dia harus bangkit sendiri.
Kedatangan Tiara ke pejabat Stars Fashion mengejutkan
pekerjanya terutama Aida. Aida tak menyangka Tiara begitu bersemangat hari ini
untuk ke pejabat. Sedangkan beberapa hari yang lepas wanita itu kelihat lemah
dan tidak berdaya. Tiara masih cantik seperti dulu, namun kecacatan kakinya
membuatkan beberapa pekerjaan terbatas. Namun itu tidak membataskan dia untuk
terus datang ke pejabat dan melihat apa yang sedang berlaku.
“Aida, I nak ucap terima kasih atas segala pertolongan
you selama ini. Tapi sekarang ni I rasa I nak mula masuk office dan bekerja.”
Tiara yakin dia Aida pasti akan memberi sokongan
kepadanya.
“But.. Tiara, you kan sakit lagi. Kalau you selalu datang
office nanti you lupa makan ubatlah, you tak cukup rehat and then jatuh sakit,”
Aida berkata dengan bersungguh-sungguh. Wajah simpati
terpalit pada air mukanya.
“Dear! Please be supportive okey? I dah betul-betul yakin
dengan diri I. And lagi satu, mulai esok you dah tak payah datang office I
okey. You can continue your work.”
Tiara menggerakkan kerusi rodanya ke arah meja. Lalu dia
cuba menyusun dan menyemak segala fail-fail yang ada disitu. Manakala Aida
seperti tercengang melihat apa yang berlaku. Dia kemudiannya meminta diri untuk
keluar.
***
“Masalah besar,”
“Apa?”
“Dia dah masuk office and you know what, dia minta I
berhenti jadi pemangku dia,”
“What? Macam mana boleh jadi macam tu? Bukan ke dia..”
“I don’t know. Tapi I rasa kita kena cuba tukar plan
kita,”
“Okey, we discuss this nanti bila jumpa,”
Klik! Telefon dimatikan.
***
“Terima kasih kerana
belanja saya makan hari ni Dr. Zikry,”
“It’s okey. Apa-apa sahaja untuk Puan Tiara. So macam
mana dengan tawaran saya tadi?”
Tiara tersenyum. Kemudian dia mengangguk.
“Baiklah saya setuju. Tapi dengan satu syarat. Doc tak
boleh bagitahu hal ni kepada suami dan madu saya. Saya nak mereka surprise
dengan perubahan yang bakal mereka lihat nanti,”
“Baik! Saya janji akan simpan rahsia ni. Tapi Puan pun
kena berjanji dengan saya jugak.”
“Janji ape?”
“Janji jangan malas-malas datang fisioterapi?!”
Kedua-duanya berhamburan ketawa. Dr. Zikry tersenyum
melihat Tiara. Baginya, Tiara begitu jelita dan kalaulah dia Harris, tak
mungkin dia akan berkahwin lagi. Wanita ini sungguh sempurna walaupun dia cacat
kakinya. Mungkin senyap-senyap dia telah jatuh hati pada wanita jelita ini.
***
Hampir setiap hari
Tiara menjalani latihan fisioterapi bersama Dr. Zikry. Tiara juga berjaya
menyembunyikan hal ini dari suaminya dan Aida. Namun setelah tiga minggu
menjalani rawatan fisioterapi, buat pertama kalinya Dr. Zikry kelihatan resah.
Dia menyuruh Tiara membawa segala supplement dan ubatan yang diambilnya untuk
dianalisis.
“Ini semua ubat yang awak makan setiap hari?”
“Ya. Kenapa doctor bertanya macam tu?”
Dr. Zikry tiba-tiba menggeleng kepala dan tersenyum.
“Tak ada apa-apa. Berikan ubat awak dengan bekasnya dekat
saya. Sebelum balik nanti saya bagi kat Puan Tiara ye.”
Tiara hanya mengangguk setuju. Namun disudut hatinya ada
sedikit keraguan. Seperti ada yang Dr. Zikry sorokkan dari pengetahuan Tiara.
Kenapa mahu lihat ubat dengan bekas-bekasnya sekali?
***
“You got to kidding
me?”
“Kidding? Tak ada masa I nak bergurau lah.”
“Ni semua total asset yang dia miliki? Are you sure?”
“Takkanlah, I nak bergurau. I’m talking about 2.5 million
asset okey??”
“Dia memang kaya. Inheritance dari family dia memang
banyak.”
“So macam mana? Apa plan kita seterusnya?”
“You tak perlu risau tentang tu. Yang penting penama
utama untuk wasiat tu masih kekal,”
Mereka dua-dua tersenyum. Rancangan yang dirangka kali
ini diharapkan bakal berjaya.
***
“Tiara, hari ini you
are doing good,”
Dr. Zikry tersenyum melihat perubahan Tiara. Dia sudah
boleh berjalan baik tetapi masih memerlukan tongkat sebagai sokongan. Yang
paling penting, sikap dan mood Tiara juga sudah beransur baik tiada lagi amarah
secara melulu dan stress berpanjangan.
“Doc, pertama sekali saya memang nak ucapkan terima kasih
pada doc sebab saya hampir sembuh sepenuhnya. Kalau tak kerana doc la, saya
mungkin masih ditakuk lama,”
“It’s okey Tiara. Hmm anyway jangan la panggil saya doc,
panggil Zikry je? Boleh?”
“Zikry? Hehe okey,”
Tiara tersenyum melihat Zikry. Selama tempoh
pemulihannya, Zikry dilihat sebagai seorang lelaki yang prihatin. Lebih
prihatin dari Harris sebenarnya. Manakala Harris pula sentiasa sibuk dan lebih
menumpukan perhatian kepada pekerjaan. Bukan Harris tidak selalu bersamanya,
cuma lelaki itu kurang manja dengannya berbanding dahulu. Mungkin sejak-sejak
berkahwin dengan Aida perkara ini berlaku. Walaupun begitu, Aida diihat sebagai
wanita yang sentiasa prihatin kepada dirinya pada umumnya.
“Zikry, I sebenarnya excited tau. Because tomorrow is my
birthday! And I rasa mesti my husband ada plan something for tomorrow. I rasa I
can’t wait to surprise him dengan perubahan yang berlaku kepada diri I ni,”
“Really?”
Zikry terdiam seketika. Mukanya berkerut.
“Kenapa Zikry? Is there anything yang you nak bagitahu I
?”
“Berhati-hati dengan Aida. I bukan nak menuduh, but..”
“What’s wrong with Aida? You tak suka dia? I tak suka
kalau you cuba kutuk or benci dia. Aida dah banyak tolong I and you will never
understand kenapa I boleh terima dia!”
“Look, listen here Tiara. Ada beberapa perkara yang I …”
Tiara menggerakkan kerusi rodanya dan terus keluar dari
pejabat Zikry. Zikry hanya mampu melihat dan membiarkan perkara itu berlaku.
Baginya, Tiara begitu lurus untuk memahami ini semua.
***
Malam semakin pekat
namun Tiara tidak dapat melelapkan matanya. Ingatannya tertumpu kepada Zikry
dan apa yang hendak dinyatakan jejaka itu mengenai Aida.
‘Kenapa Zikry berkata begitu? Sejak akhir-akhir ini
lelaki itu kelihatan mencurigakan. Seperti ada yang tak kena. Kemudian Zikry
juga seakan-akan punya perasaan kepada aku,’ Tiara berbicara sendirian.
Tiara bangun dari pembaringan lalu sedaya upaya menarik
kerusi roda lebih dekat dengan katil dan menduduki kerusi tersebut. Kemudian
dia keluar dari bilik untuk ke dapur. Menghilangkan dahaga di tekak setelah
banyak berfikir.
“Dia percayakan you?”
Tiara terdengar suara dari dapur. Kemudian dia mengendap
perlahan-lahan.
“You yakin kali ini berjaya? Sebab I tak mahu lagi kita
kecundang macam yang lepas. Kalau dia dah build trust then okey lah.”
Aida kelihatan serius berbicara. Namun mengenai apa
bicara tersebut masih samar-samar.
“Katakanlah kalau kita kantoi, I rasa kita bunuh je dia.
Then kita sebagai orang-orang yang dia sangat sayang dan percaya, mesti dia
akan lambakkan semua harta-harta berjuta-juta dia tu kat kita,”
Tiara menekup mulutnya. Jantung jadi berdebar-debar. Tak
mungkin orang yang dimaksudkan Aida itu adalah… tak mungkin. Tak mungkin! Tak
mungkin juga Harris terlibat dalam hal ini. TAK MUNGKIN!! Tiara cuba
menggerakkan roda kerusinya. Namun pergerakan yang tidak lancar itu membuahkan
bunyi. Aida yang hanyut dalam perbicaraannya terhenti sejenak. Oleh kerana
terlalu takut Tiara terus bangun dari kerusi rodanya dan tersungkur jatuh.
Tidak menghiraukan kesakitan yang dialami, dia mengesot ke bilik tidur dengan
secepat yang mungkin.
Tiara mula mencapai Blacberry Bold miliknya dan mendail
nombor yang paling dia percayai buat masa ini. Tidak lain tidak bukan orang itu
adalah Dr. Zikry.
“Zikry! You’ve got to help me! I ..”
“Tiara…”
Suara wanita tersebut membuatkan Tiara tersentak. Tiara
tak berani berkalih dan Blackberrynya dilepaskan begitu saja. Dia sudah dapat
mengagak wanita itu mendengar apa yang dituturkannya tadi.
“Kau ingat kau boleh lari Tiara? Kau nak mintak tolong
siapa?”
“Aida.. tergamak kau buat kat aku macam ni??”
Tiara berkalih dan airmatanya mencurah-curah. Hatinya
sakit bagai dihiris sembilu. Rakan yang dia kenali sejak dari zaman kolej lagi
sanggup berbuat begitu padanya. Sudahlah merampas suaminya dan kini dia menjadi
mastermind untuk menjatuhkan rakan baik sendiri.
“Kau tahu tak aku benci dengan kau. Sejak dari dulu lagi.
Tiara, kau selalu dapat apa yang kau nak. Dan yang paling menyedihkan, kau
dapat Harris, orang yang aku paling cinta dalam dunia ni,”
Aida membuntangkan mata. Kelakuannya seperti orang tidak
siuman. Kemudian dia cuba mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Revolver. Nyawa
Tiara dalam bahaya.
“Sekarang ni, aku dah kehilangan segala-galanya Aida. Dah
tak da guna kau nak bermusuh dengan aku lagi! Kau dapat Harris, kau berjaya
perdaya dia. Kau juga bakal dapat Stars Fashion sebab aku akan berikan semuanya
pada kau. Tapi satu saja permintaan aku, tolong jangan bunuh aku..”
Tiara betul-betul dalam keadaan cemas. Dia cuma berharap
hari ini bukanlah hari terakhir dia dapat bernafas.
“Aku tak bodoh Tiara! Aku nak lebih dari tu! Aku nak
semua yang kau ada. Kalau kau masih hidup… semua impian aku tak akan tercapai!”
Aida mengheret Tiara keluar dari bilik dan merentap baju
Tiara hingga sebahagian bahu bajunya koyak. Kemudian dia menolak Tiara jatuh ke
atas lantai. Tiara merengek kesakitan. Kemudian diusap-usap bahunya yang sakit
akibat kesan rentapan baju tadi.
“Sekarang ni aku harus tamatkan riwayat hidup kau,”
Aida mengarahkan revolver tepat ke kepala Tiara. Yang
tinggal hanya untuk menekan picu. Kemudian kedengaran tapak kasut berbunyi.
Kedua-dua perempuan itu tersentak dan menoleh ke arah tapak kaki itu.
“Zikri !!”
Tiara sedaya upaya cuba berjalan ke arah Dr. Zikri.
Kemudian memaut kepada bahu lelaki itu. Zikri memandang wajah Tiara dan
tersenyum.
“Zikri! Aida… Aida.. dia nak bunuh I. You kena tolong I..
please..”
Namun kini ada yang pelik tentang Zikri. Dia hanya
menatap wajah Tiara dan tersenyum. Kemudian ketawa sekuat-kuat hati. Tiara jadi
keliru dan cemas.
“Tiara.. tiara.. I tak sangka yang you percayakan I”
“Apa maksud you Zikri?”
Tiara mengerutkan dahi, cuba berfikir.
“You sebenarnya takkan hidup lama. Ubat yang you berikan
kepada I tu.. I dah tukarkan kepada sejenis ubat yang akan merosakkan bahagian
dalaman jantung you. Memang sekarang you rasa aktif dan sihat tapi kalau
diambil berlebihan… boleh membawa maut!”
Tiara terduduk diatas lantai lalu menangis. Dia menekur
wajahnya dan berharap suatu perkara yang baik akan berlaku sekarang. Kalau
tidak, nampaknya dia harus bertindak sendirian.
“Tiara! Any last words?” Aida mula bersuara.
“Before you tembak I, I cuma nak tahu…”
Mata Tiara terarah pada balang kaca hiasan di atas meja
kopi yang bersebelahan dengannya. Kemudian Tiara juga teringat kata-kata
Harris.. “You can count on me” yang terngiang-ngiang di telinganya kini.
“I cuma nak tahu, di mana Harris sekarang?”
“Dia akan balik sekejap lagi. Katanya dengan I tadi, dia
…”
Tiara sepantas kilat bangun dan mencapai balang kaca di
atas meja lalu membalingnya tepat ke arah muka Aida. PANGG! Aida yang kesakitan
terlepas revolver dari tangan dan terduduk dilantai sambil menekur muka. Dr.
Zikry berlari melulu mendapatkan Aida yang mengerang kesakitan. Wajahnya
dipenuhi darah dan kaca. Kemudian keadaan bertambah cemas apabila mereka
bertiga terdengar bunyi seren kereta polis.
Tiara sedaya upaya cuba bangun dan berjalan ke arah pintu
utama penthousenya. Sebaik sahaja Tiara membuka pintu rumah itu, sekujur tubuh
Harris hadir di hadapannya. Tiara mendakap Harris sekuat-kuat hati. Manakala
Harris mengusap-usap kepala isterinya itu perlahan-lahan. Aida dan Dr. Zikri
digari dan kemudian dibawa masuk ke dalam kereta polis.
***
Lagu salsa dipasang
perlahan. Kemudian kelihatan seorang lelaki dan wanita menari dengan penuh
perasaan. Tersenyum, ketawa dan kemudian saling membalas pandangan. Sudah enam
bulan tragedi itu berlalu. Tiara dan Harris melalui detik-detik itu dengan
tenang. Banyak perkara yang terbongkar dan banyak perkara juga yang tak
disangka-sangka telah terjadi.
Zikri dan Aida telah di masukkan ke penjara setelah kes
mereka dibicarakan. Mereka didapati bersalah kerana cubaan membunuh Tiara.
Harris pula telah menceraikan Aida dengan talak dua serta merta setelah hukuman
penjara dijatuhkan. Sebenarnya, dari mula lagi Harris sudah dapat mengesan
segala konspirasi yang diatur Aida. Kemalangan yang menyebabkan kaki Tiara
lumpuh juga telah dirancang Aida dan Zikry. Perkenalan antara Dr. Zikry dan
Tiara juga salah satu dari rancangan mereka. Manakala ubat Tiara yang ditukar
Dr. Zikry telah pun ditukar kembali oleh Harris. Harris cuma memerlukan waktu
yang tepat untuk bertindak dan merangka plannya yang tersendiri. Mengahwini
Aida juga suatu rancangan supaya dia dapat mengetahui segala gerak geri Aida
dengan lebih tepat.
Kini semuanya sudah selesai. Tiara dan Harris telah
mempelajari erti cinta mereka yang sebenar. Cinta yang didasari kepercayaan dan
ketulusan. Cinta yang satu dan tiada yang lainnya.
“Dear, I penatlah asyik menari je,”
“Tiara, you know what.. I tak pernah penat menari tau,”
“Kenapa? Because you’re a man and ada extra energy?”
Harris menutup mulut Tiara dengan jari telunjuknya dan
memeluk pinggang wanita itu dari belakang.
“Sebab I menari dengan orang yang I cinta. So, I tak
pernah penat. And you know what dear?”
“What?” Tiara mencebik dan tersenyum dengan kata-kata
Harris.
“Kalau anak kita dah lahir nanti I nak dia pun belajar
menari jugak. Supaya dia dan pasangannya akan jadi macam kita. Ever loving
always,”
Tiara tersenyum dan berkalih pandangan kepada suaminya.
Harris mengucup dahi isterinya dan kemudian menyambung semula tarian cinta mereka.